Khamis, 3 September 2009

TARZAN: Macam ni cerita dia. Disebuah hutan yang tebal terdapat sekumpulan haiwan yang begitu muhibah. Mereka ni semua suka lepak dekat satu tempat, di situ ada sebatang pokok yang usianya beratus-ratus tahun. Di kawasan itulah mereka membuang masa seperti juga manusia yang suka melepak tak tentu pasal. Pokok itu tak pernah bercakap dengan semua haiwan disitu kecuali seekor burung yang telah menjadi kawan baiknya sejak datuk moyang burung tu lagi. Haiwan disitu sangkakan pokok tu tak boleh bercakap. Dalam kumpulan ala-ala gengster tu terdiri dari seekor harimau yang begitu ganas dan rakus sifatnya. Kawan baik harimau ni adalah seekor monyet. Hairan pula? Kenapa harimau tu tak makan monyet? Nanti kita tahulah sebabnya. Dalam kumpulan tu juga ada kancil yang bijak? Kenapa kita letak dia bijak? Tapi kali ini lain dan seekor beruk yang menjadi ketua

dari kalangan mereka tu. Ah! Ada lagi seekor haiwan. Lupa nak kenalkan pula, kumpulan ni dah bayar dia untuk berlakon. Kejap saya panggil dia keluar.

TARZAN KELUAR DAN BABI MASUK SAMBIL MENYANYI. HAIWAN LAIN SEDANG BERMAIN DAN BERBORAK.

BABI: Kita serupa, kita serupa.. Hadir ku untuk mengubat luka...

HARIMAU: Ini yang aku tak puas hati. Kau dengan aku berlainan. Tak sama! Ekor aku panjang, badan aku ada airbrush belang-belang, hidung aku mancung. Mana ada sama dengan kau!

MONYET: Aku pula pandai panjat pokok.

HARIMAU: Tapi kenapa aku tengok kau selalu berjalan?

MONYET: Dah pokok tak ada. Banyak yang dah kena tebang.

HARIMAU: Pokok yang tak kena tebang tu kenapa kau tak panjat. Kenapa Belakang aku je kau panjat?

KANCIL: Woi! Jangan sebut benda yang macam tu la.

MONYET: Ni mesti kau salah pemahaman.

HARIMAU: Apa la kepala otak kau fikirkan tu? Cuba jadi binatang yang pandai sikit.

MONYET: Bantahan! Bukan binatang tapi haiwan. Mulia sikit bunyinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan