Isnin, 7 September 2009

SI BUTA

si buta berjalan-jalan
matanya buta berpandu tongkat
ditepi jalan yang sesak si buta berdiri
mencari kesempatan untuk keseberang

yang bermata hanya melihat
ada yang berlalu hanya menjeling
kesibukkan kota membuatkan
manusia hilang simpati

masa bagaikan berharga dari pahala
duit di cari dosa berlipat ganda
si buta hanya buta matanya
yang bermata buta hatinya

di sebalik kesibukkan kota
masih ada yang simpati
si penagih terbuka hati
walaupun badannya penuh daki

si buta dipimpin
si penagih memegang hujung tongkat
si penagih membawa si buta melintas
ajal tak dihidu
malang tak berbau

si buta dan si penagih dilanggar
tongkatnya melantun terkena
papan tanda yang tertulis
gunakan jejantas


11:56 PM 8/7/2008
gadis khayalan jiwa
hadirnya engkau dalam gelita
membisu kata seribu bahasa
berselendang putih mempesona

samar malam hadir bayangan
jiwa terluka hadirnya dia
lirik senyum meruntun hati
jiwa gelora merintih diri

hadirnya engkau satu soalan
apakah engkau gadis kayangan
hanya bicara dalam pandangan
satu soalan tiada jawapan

biarkan aku dalam termangu
mencari-cari siapa dirimu
gadis berambut mencecah bahu
membuatkan aku jadi keliru

ingin ku sentuh gadis khayalan
pastikan diri bukan bayangan
baru terdetik didalam hati
lalu dia menghilangkan diri

gadis khayalan jiwa
memberi seribu erti
setelah hilangnya dia
apakah muncul kembali

4:43 AM 5/1/2009

TELANJANG

Salam ramadhan, buat semua muslimin dan muslimat yg memahami bahasa melayu. Dalam kesibukkan kerja dan kehidupan semasa, kita dihidangkan bulan yg penuh bermakna iaitu bulan ramadhan. Bulan yg meminta umat islam berpuasa dan menunaikan zakat dan kepada yg betul2 beriman dan bertaqwa bulan ini sangat ditggu2 kerana bulan inilah yg amalannya diangkat dengan berlipat ganda, insy'allah. Dalam kesibukkan ramadhan yg mulia dan suci ini bukan saja di tggu oleh para ulama dan orang beriman, malah peniaga setia bazar ramadan juga tidak sabar menunggu bulan ramadhan yg membuatkan duit bank mereka berlipat kali ganda. Manakan tidak seawal jam 11pagi hampir 15jenis makanan sudah siap dihidang kepada para pesakit gastrik, usus perut, himpendit, buasir dan macam2 lagi. Yang peliknya penyakit sebegini datang pada bulan ramadhan dan diantara pesakit ini telah menderita sejak akil baligh lagi. Bulan ramadhan kali ini jatuh pula pada cuti persekolahan. Kesempatan begini diambil oleh mereka utk berbuka puasa bersama rakan yg lain direstoran atau direstoran segera, manakala ibu bapa dirumah hanya makan pulut panggang dan cincau. Meletakkan diri mereka berpuasa tetapi dari segi berpakaian mereka pun terbuka. Ada juga setelah habis berbuka puasa mereka berpeleseran dan duduk ditangga KLCC sambil melihat air pancut yg memancut. Segelintir mereka tidak segan memeluk pasangan masing2 dan bercumbu, mungkin mereka mentafsir bahawa puasa tadi telah selesai kalau air lain yg terpancut pun tak batal puasa tadi. Yang dewasa menjadi contoh pada murid cuti sekolah pun tak mengalah, malah mereka lagi tinggi ilmu peluk cumbu. Yang masih belajar pandang belajar apa yang berlaku. Bertudung manis dilihat sambil muka menahan sesuatu. Bertudung tapi berbogel! Baju ketat hingga menampakkan lekuk bra berspan, seluar ketat menampakkan anak longkang. Jam di menara maxis menunjukkan hampir pukul 9mlm. Kedengaran suara imam dimasjid berdekatan membaca surah suci al quran, tapi mereka masih di situ!

Sabtu, 5 September 2009

PELIK!

mungkin ayat tu pelik bg sesetengah orang tapi bagi aku mmg pelik. Apa yg pelik? Bercerita tentang benda berlalu yg baru berlaku. Festival teater kl kategori kanak2 adalah bahagian baru pd prtandingan kali ini. 4 kumpl. mnyertai kategori ini yg julung2 kali diadakn. Boleh dikatakan sengit juga kumpl. ini bertanding. Mungkin kali pertama di prtandingan, rata2 kumpl. mnzahirkan set yang gah dan cantik. Tapi sygnya pentas yg sekecil pentas sek. yang pernah aku guna tidak sekali sesuai dilakukan apatah lagi hanya mmpunyai satu pintu keluar masuk. Setelah berhempas pulas berlatih dan mementaskn, tiba masa yg ditggu iaitu majli pnyampaian hadiah yg diadakan mirip hari rumah terbuka aidilfitri, nasib baik malam tu tak ada hujan ribut. Silap hari bulan hadiah dibuat secara pos laju pada para pemenang. Malam pelik berlaku, tak silap dari sepuluh prcalonan hanya 2 yg KTKKL tak dapat, yg lain sume KTKKL kasi vicum. Pelik pun berlaku! KTKKL hanya memenangi tempat kedua, manakala johan dari kump. BERINGIN. Bukan kepelikan dirasai oleh aku, malah kawan2 teater yg lain pun merasai tempias malam pelik itu. Apabila ditanya pada pemikir teater yg brtanggungjwb keatas mlm pelik itu. Pemikir teater mmberi alasan, bahawa KTKKL tidak di julang johan atas faktor pnggunaan PROJECTOR dan RAKAMAN VIDEO, tak dpt vicum PENGARAH TERBAIK, SKRIP TAK KUAT ada lagi tapi aku lupa. Pnggunaan PROJ. dan RAKAMAN VIDEO dikatakan sebagai tidak kreatif jadi lepas ini jgn buat lagi, jgn melangkaui zaman. SKRIP TIDAK kuat mnjadi alasan tetapi alsan itu dapat di sangkal dgn kemenangan 8 kategori lain, lepas ini kita buat cerita dari skrip yang kuat, lakonan bangang pun tak apa.Emmm.......Cukuplah mencarut pagi2 ini. Aku mohon maaf atas tulisan yg mngarut ini. Aku hanya luahkan apa yg aku rasa. Apa yang aku terbitkan ini mmg tak ada kena mngena dengan KTKKL.Kalau nak hukum, hukum aku.

Khamis, 3 September 2009

TARZAN: Macam ni cerita dia. Disebuah hutan yang tebal terdapat sekumpulan haiwan yang begitu muhibah. Mereka ni semua suka lepak dekat satu tempat, di situ ada sebatang pokok yang usianya beratus-ratus tahun. Di kawasan itulah mereka membuang masa seperti juga manusia yang suka melepak tak tentu pasal. Pokok itu tak pernah bercakap dengan semua haiwan disitu kecuali seekor burung yang telah menjadi kawan baiknya sejak datuk moyang burung tu lagi. Haiwan disitu sangkakan pokok tu tak boleh bercakap. Dalam kumpulan ala-ala gengster tu terdiri dari seekor harimau yang begitu ganas dan rakus sifatnya. Kawan baik harimau ni adalah seekor monyet. Hairan pula? Kenapa harimau tu tak makan monyet? Nanti kita tahulah sebabnya. Dalam kumpulan tu juga ada kancil yang bijak? Kenapa kita letak dia bijak? Tapi kali ini lain dan seekor beruk yang menjadi ketua

dari kalangan mereka tu. Ah! Ada lagi seekor haiwan. Lupa nak kenalkan pula, kumpulan ni dah bayar dia untuk berlakon. Kejap saya panggil dia keluar.

TARZAN KELUAR DAN BABI MASUK SAMBIL MENYANYI. HAIWAN LAIN SEDANG BERMAIN DAN BERBORAK.

BABI: Kita serupa, kita serupa.. Hadir ku untuk mengubat luka...

HARIMAU: Ini yang aku tak puas hati. Kau dengan aku berlainan. Tak sama! Ekor aku panjang, badan aku ada airbrush belang-belang, hidung aku mancung. Mana ada sama dengan kau!

MONYET: Aku pula pandai panjat pokok.

HARIMAU: Tapi kenapa aku tengok kau selalu berjalan?

MONYET: Dah pokok tak ada. Banyak yang dah kena tebang.

HARIMAU: Pokok yang tak kena tebang tu kenapa kau tak panjat. Kenapa Belakang aku je kau panjat?

KANCIL: Woi! Jangan sebut benda yang macam tu la.

MONYET: Ni mesti kau salah pemahaman.

HARIMAU: Apa la kepala otak kau fikirkan tu? Cuba jadi binatang yang pandai sikit.

MONYET: Bantahan! Bukan binatang tapi haiwan. Mulia sikit bunyinya.

BERTEMU KEMBALI

alhamdulillah bertemu kembali kita, rasanya dah lama tak menaip kat blog ni. Dalam masa menyepi ni banyak yang berlaku, ada yang manis dan pahit terpahat dalam hidup. Mungkin sudah terlambat saya bercakap mengenai festival teater wilayah yang diadakan baru-baru ni. Apa pun saya nak mengungkit sedikit mengenai festival kali ini. Festival yang diterbitkan dalam jangka masa 2 tahun sekali ini sangat sinonim bagi orang teater. Mana lagi nak lepas gian berlakon, mengarah atau apa pun. Buat saya kali ini adalah kali ketiga saya sertai festival, kali pertama tahun 2005. Kali ini Kump. yang saya sertai kelab teater kota kuala lumpur membawa naskah komedi ringan yang bertajuk telefon. Pelaku saya kali ini adalah watak kamal atau juga orang minyak. Secara peribadi kali ini lakonan saya adalah yang paling teruk yang pernah saya lakonkan. Kerana persiapan yang begitu singkat dan rakan lakon yang lain adalah orang baru dalam teater tapi itu bukanlah alasan. Yang penting penonton telah melihat pementasan itu. Kecewa memang begitu kecewa kerana saya telah kecewakan mak dan abang saya terutamanya. Bila melihat pelaon baru yang lain seakan tak ambil tahu apa yang terjadi, lagilah bertambah kecewa. Saya tak tahu apa yang sebenarnya berada dalam minda mereka waktu itu, mereka begitu tenang setelah pementasan berakhir. Mungkin mereka tak sabar nak tidur puas-puas selepas ini ataupun mereka berada di atas pentas kerana terpaksa mungkin kerana minat yang di ada-adakan. Apa pun kali ini adalah kali terakhir saya dalam festival teater wilayah, tiada lagi semangat hendak teruskan. Bukan kerana mereka, tapi selama saya perhatikan apa yang berlaku dalam festival teater membuatkan saya hilang minat untuk sertai lagi. Bagi yang pernah sertai sebelum ini mungkin tahu maksud saya. Baiklah, dah panjang saya mengarut di sini. Insya'allah kita jumpa lagi