BERCERITA TENTANG MALAM
sekujur tubuh manusia
berbaring dihamparan pantai
matanya melihat ke langit
dalam kendinginan malam
roh dan jasadnya hanya di temani oleh
ombak yang memukul pantai
BERCERITA TENTANG MALAM
malam itu sungguh sunyi
mungkin penghuni alam sedang
nyenyak dibuai mimpi
manusia itu masih di pantai
masih matanya melihat ke langit
di langit tiada apa
hanya ada bulan yang pusam
tidak berseri
BERCERITA LAGI TENTANG MALAM
malam ini bulan sendiri
seperti manusia itu
tidak ditemani sesiapa
malam yang indah tiada bintang di sisi bulan
apakah makna indahnya malam
jika hadir bulan, dan bintang menyepi
apa ertinya tiada bintang
dan sinar bulan tidak berseri
TENTANG MALAM
manusia di hamparan itu masih tidak berganjak
masih setia pandangannya ke langit
dia mungkin khayal sendiri
atau mungkin dia ridukan
cahaya di langit malam
MALAM
hari ini malam begitu terang
di sinari cahaya lampu neon di kota
neon yang membuatkan manusia lupa tentang bulan dan bintang
cahaya yang berwarna terang
yang manusia khayal
apa bulan dan bintang di lupakan
setelah hadirnya neon kota
lihat ke langit
perhatikan bulan dan bintang
disitu adanya ketenangan
lampu di kota digantung berwayar
bintang bulan bagaikan terapung
kuasa allah menjadikannya
CERITA MALAM
manusia tadi bangun setelah lama berbaringan
disisirkan pasir dibadan
masih sempat mendongak ke langit
mungkin untuk ucapkan selamt malam
atau mungkin berharap
esok bintang akan hadir bersama bulan
BERCERITALAH LAGI TENTANG MALAM
penguin_kota
5:42 PM 8/9/2008
Jumaat, 30 Januari 2009
GADIS: Celaka punye jantan!! Kau ingat aku tak ada maruah ke? Memang aku pelacur tapi aku pun ada maruah juga. Sial! Bertanya banyak kali lepas tu nak mintak murah dah kasi murah order yang bukan-bukan. Apa pandang?!! Tak ada duit boleh jalan. Bosan hidup macam ini, hari-hari jadi bahan laki sundal. Dah ada isteri masih nak cari orang lain yang bujang tak kisah la. Alasan suami orang ni dah naik muak aku dengar. Alasan! Perempuan macam aku ini selalu di pandang hina. Memang patut aku di pandang hina, tapi mulia sangat ke mereka semua. Aku dikatakan perosak rumah tangga orang. Fikir semula. Siapa cari siapa? Aku hanya berkerja di sini, di luar tak ada.
Khamis, 29 Januari 2009
permulaan
alhamdullilah, siap juaga blog aku ni. tujuan nak buat blog ni sekadar nak berkongsi apa yg boleh dikongsi oleh peminat teater tanah air. aku bkn seorang pemain teater yg hebat, baru nk belajar. jadi kepada org-org teater di sana boleh la kita berkongsi sedikit ilmu. di blog aku juga akan ada nukilan hasil karya aku yg belum pernah di pentaskan, aku harap boleh la komen.
Langgan:
Catatan (Atom)