Khamis, 29 Januari 2009

SI BUTA

SI BUTA

si buta berjalan-jalan
matanya buta berpandu tongkat
ditepi jalan yang sesak si buta berdiri
mencari kesempatan untuk keseberang

yang bermata hanya melihat
ada yang berlalu hanya menjeling
kesibukkan kota membuatkan
manusia hilang simpati

masa bagaikan berharga dari pahala
duit di cari dosa berlipat ganda
si buta hanya buta matanya
yang bermata buta hatinya

di sebalik kasibukkan kota
masih ada yang simpati
si penagih terbuka hati
walaupun badannya penuh dengan kudis buta

si buta dipimpin
si penagih memegang hujung tongkat
si penagih membawa si buta melintas
ajal tak dihidu
malang tak berbau

si buta dan si penagih dilanggar
tongkatnya melantun terkena
papan tanda yang tertulis
gunakan jejantas


11:56 PM 8/7/2008

2 ulasan:

  1. kepada insan yg amat2 berbakat... sy salah sorg peminat tuan walaupn tuan tidak mgenali sy tp sy amat kagum dgn prjalan seni tuan..sy mngikuti prkembangn seni tuan..sy pernah melihat tuan belakon dr lakonan tuan serba sdikit byk mgajar sy mgenal dri sy..krn lakonan tuan mberi kesan kpd sy..sy xmalu mgaku pd kwn2 sy tuan adalh idola sy.. tp knp skr ni jarang sy melihat tuan naik pentas? sbnrnya sy rindukn lakonan tuan..sy harap tuan akn maklumkn pd sy bila tuan naik pentas lg yek.. drpd:(insan xbernama)

    BalasPadam
  2. alhamdullilah...slama sy dibidang ini ada juga insan yg meletakkn sy sebagai idola..syukur juga bila lakonan sy dpt memberi kesan kepada anda..insya'allah jika ada lakonan trbaru sy akan beri tahu...terima kasih kepada insan tanpa nama

    BalasPadam